Blog Kelab Sains Sekitaran ini masih dalam tempoh percubaan, sebarang kesilapan ejaan harap di maafkan. Segala cadangan dan pandangan boleh lah di tulis di ruangan "comment". Kami para MT Kelab Sains Sekitaran akan cuba sedaya upaya untuk lebih mengaktifkan kelab ini. Blog ini akan di kemas kini dari semasa ke semasa. Sila klik pada tajuk setiap 'post' untuk lebih lanjut. Terima Kasih.

Pertandingan Mereka Baju Kelab Sains Sekitaran

Pada bulan April yang lepas, telah diadakan pertandingan mereka baju t-shirt untuk Kelab Sains Sekitaran bagi Sesi 2011/2012. Pelbagai rekaan telah dipertandingkan. Secara tidak langsung pertandingan ini dapat mencungkil bakat pelajar-palajar Sains Sekitaran.


Syarat-syaratnya:


  • Baju tidak berkolar
  • Latar Baju: Satu warna sahaja
  • Tulisan: Satu warna sahaja
  • Corak: Satu warna sahaja
  • Tema: Alam Sekitar

REKAAN 1:

REKAAN 2:

REKAAN 3:

REKAAN 4:

REKAAN 5:

REKAAN 6:

REKAAN 7:

REKAAN 8:

Akhirnya, setelah dinilai dari segi beberapa aspek, satu rekaan telah dipilih iaitu T-Shirt Rekaan 8. Sebenarnya rekaan 8 adalah hasil gabungan t-shirt rekaan 5 dan 6. Pemilihan ini telah dipersetujui oleh setiap ahli Kelab Sains Sekitaran dan kata sepakat telah dicapai. Oleh itu, Baju T-Shirt Kelab Sains Sekitaran bagi Sesi 2011/2012 adalah T-Shirt Rekaan 8. T-Shirt ini dijual pada harga RM22 untuk lengan pendek dan RM24 bagi lengan panjang. Go Green! =)

0 comments: