Blog Kelab Sains Sekitaran ini masih dalam tempoh percubaan, sebarang kesilapan ejaan harap di maafkan. Segala cadangan dan pandangan boleh lah di tulis di ruangan "comment". Kami para MT Kelab Sains Sekitaran akan cuba sedaya upaya untuk lebih mengaktifkan kelab ini. Blog ini akan di kemas kini dari semasa ke semasa. Sila klik pada tajuk setiap 'post' untuk lebih lanjut. Terima Kasih.

Majlis Makan Malam Tahunan KESAS 2012

Pada 25 Mei 2012 yang lepas telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Tahunan KESAS 2012 bertempat di Bangi Golf Resort. Majlis Makan Malam ini merupakan aktiviti tahunan Kelab Sains Sekitaran dan diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pensyarah-pensyarah, staf-staf dan para pelajar Program Sains Sekitaran teutamanya pelajar tahun tiga yang bakal menamatkan pengajian mereka. Majlis telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Sahibin Abdul Rahim iaitu Pengerusi Pusat Sains Sekitaran dan Sumber Alam. Selain itu, tema pada kali ini ialah ''masquerade and hat'' dan berkonsepkan sederhana tetapi elegan. Jom kita lihat bagaimana suasana ketika majlis tersebut berlangsung =)

Persiapan terakhir sebelum majlis bermula
Bergambar kenangan di pintu masuk
Bersama Mama Mush (Prof Mushrifah) =)
Ucapan perasmian oleh Prof Dr Sahibin Abdul Rahim
Ucapan Ketua Pengarah Majlis Makan Malam Tahunan KESAS 2012,
saudari Norannadwa Mohd Halim
Para pensyarah dan kakitangan
Anugerah Dekan Sains Sekitaran 11/12
Pada majlis ini juga diadakan penyampaian anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang sebagai tanda penghargaan. Tahniah diucapkan! =) Tidak lupa juga, penyampaian hadiah kepada peserta-peserta yang terlibat dalam acara yang diadakan ketika sambutan Hari Keluarga KESAS. Anda terlepas entri tersebut? Sila scroll kebawah atau klik ''older post'' di bawah :) Selain itu, majlis diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah.


p/s: gambar penyampaian hadiah takde pulak dalam simpanan admin. Segala kesulitan amat dikesali. peace! :)
(hadiah-hadiah berbentuk cenderamata dan juga hamper)

Lagi gambar:

Nyum nyumm nyummm~
Sajian buffet yang sangat lazat :)
Terbaik katanya

Kacak bergaya, cantik menawan semuanya. Oleh itu, berakhir sudah Majlis Makan Malam Tahunan KESAS dan Hari Keluarga KESAS bagi sesi 2011/2012. Dua buah program yang dikendalikan sepenuhnya oleh ahli-ahli KESAS dibawah pimpinan dan jawatankuasa baru iaitu Jawatankuasa Sesi 2012/2013. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Sekitaran Tahun 1 dan Tahun 2 Sesi 2011/2012. Untuk pengetahuan, kedua-dua program ini telah didaftarkan sebagai Learning Contract (LC). Alhamdulillah, disamping dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli KESAS, program seperti ini juga dapat melatih kami dalam mengendalikan sesuatu majlis atau program dan memenuhi keperluan LC. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat terutamanya Pelajar Tahun 3 yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pimpinan KESAS yang baru. Semoga kalian berjaya pada masa akan datang dan berjaya menggapai impian masing-masing. Terima Kasih. Go Green! =)


Sila klik pada gambar untuk hasil yang lebih jelas

0 comments: