Blog Kelab Sains Sekitaran ini masih dalam tempoh percubaan, sebarang kesilapan ejaan harap di maafkan. Segala cadangan dan pandangan boleh lah di tulis di ruangan "comment". Kami para MT Kelab Sains Sekitaran akan cuba sedaya upaya untuk lebih mengaktifkan kelab ini. Blog ini akan di kemas kini dari semasa ke semasa. Sila klik pada tajuk setiap 'post' untuk lebih lanjut. Terima Kasih.

Hari Keluarga KESAS

Pada 12 dan 19 Mei 2012 yang lepas, buat pertama kalinya Kelab Sains Sekitaran (KESAS) mengadakan Hari Keluarga yang melibatkan pelajar-pelajar program Sains Sekitaran dari Tahun 1 hinggalah Tahun 3. Hari Keluarga ini diadakan di Padang Futsal Kolej Tun Hussein Onn UKM dan Padang Pavilion UKM bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari. Aktiviti yang diadakan sangat menarik dan menyeronokkan! Kalau nak tahu apa yang kami lakukan, teruskan membaca entri ini ;)

Hari Keluarga ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli Kelab Sains Sekitaran yang terdiri daripada pelajar Program Sains Sekitaran sendiri. Seramai 19 orang AJK telah terlibat untuk menjayakan Hari Keluarga ini di samping menjadikan program ini sebagai salah satu program yang mengandungi LC (Learning Contract). Pada 12 Mei 2012 diadakan perlawanan futsal antara batch. Setiap batch dikehendaki membentuk 2 kumpulan (1 kumpulan lelaki dan 1 kumpulan perempuan). Perlawanan futsal antara batch ini memang sangat sengit! Jom, kita terjah~

Tengok tu, semangat betul diaorang main kan :)
Kesian Khai sampai terseliuh kaki.
KP Hari Keluarga yang sangat berdedikasi, Salleh @ Pok Leh :)
Wajah-wajah ceria Keluarga Kami :)
Penat tapi seronok!
Kami satu keluarga =)


19 Mei 2012 adalah hari kemuncak bagi Hari Keluarga KESAS. Acara sukaneka seperti terompah gajah, bawa bola ping pong dengan chopstick, susun barang paling panjang, cari cili dalam tepung, isi air dalam botol, belon berisi air dan tarik tali telah dipertandingkan. Acara tampak berseri dengan kehadiran ayahanda merangkap Penasihat Kelab Sains Sekitaran, Prof Madya Dr Mohd Talib Latif sekeluarga. Meriah memang meriah!
AJK Keselamatan bersedia dengan first aid kit.
Terompah gajah katanya.
Bawa bola ping pong menggunakan chopstick.
Kumpulan mana yang paling panjang!
Mencari cili dalam tepung.
Siapa makan cili dia yang terasa pedas maka akan dinobatkan sebagai JUARA!! hehe
Perghh. Stylo akak ni..
Pakai topi pun boleh. Inilah yang dinamakan kreativiti.
Sayang anak lambung-lambungkan. hehe
Ikatan kasih sayang. Dr Talib dan isteri yang sungguh sporting.
Acara yang terakhir, tarik tali. Masih bertenaga mereka ni.
Seronok main tepung :D
Terima Kasih kepada semua yang terlibat =)
Sekian sahaja untuk entri kali ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Sesungguhnya, kami ahli KESAS berasa sangat seronok kerana dapat bersama-sama meluangkan masa dan dengan cara ini kami menjadi lebih rapat serta akrab seperti satu keluarga. Study-study juga, sekali sekala dapat berhibur macam ni pun seronok juga ye dak? Ok, jumpa lagi di lain masa :)

0 comments: