Blog Kelab Sains Sekitaran ini masih dalam tempoh percubaan, sebarang kesilapan ejaan harap di maafkan. Segala cadangan dan pandangan boleh lah di tulis di ruangan "comment". Kami para MT Kelab Sains Sekitaran akan cuba sedaya upaya untuk lebih mengaktifkan kelab ini. Blog ini akan di kemas kini dari semasa ke semasa. Sila klik pada tajuk setiap 'post' untuk lebih lanjut. Terima Kasih.

Minggu Keusahawanan Kelab Akademik FST

Pada 9 hingga 13 Disember 2013 yang lalu, telah berlangsung Minggu Keusahawanan Kelab Akademik FST di Bangunan Dewan Anwar Mahmod (DAM). Pelbagai Kelab Akademik FST telah turut serta dalam menjayakan program ini termasuklah Kelab Genetik, Kelab Teknologi Makanan dan lain-lain. Jadi, sudah tentu Kelab Sains Sekitaran (KESAS) juga tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama berniaga! =)
Setiap gerai bersaing dengan baik menjual pelbagai jenis makanan dan minuman yang lazat dan special. Antara makanan yang dijual termasuklah makanan ala-ala barat seperti sup cendawan, spagetti, french fries, kek dan makanan timur seperti kuih muih tradisional dan keropok lekor. Sedap-sedap semuanya ! Lebih menarik lagi, kebanyakkan makanan dan minuman yang dijual dimasak dan dibuat sendiri oleh para pelajar yang terlibat. Nak tahu apa yang special di gerai KESAS? Jom, kita skrol ke bawah ;) :
Mini Pavlova, Puding Roti disaluti Sos Castard dan Kek Coklat
Air Kotak sejuk, pelbagai perisa. hanya RM 1.00
Classic White Cake yang telah berjaya menarik ramai pelanggan
Cupcakes dan Kuih Muih Tradisional
Ha, ini lah Chef Muda berbakat besar yang dibawakan khas dari KESAS: Azim Rosli (boleh lah search Facebook beliau, jika berminat nak tempah. hehe)

Untuk pengetahuan, kesemua kek, kuih muih yang dijual di gerai KESAS adalah hasil tangan saudara Azim Rosli (pelajar tahun 2 Sains Sekitaran) bersama ibunya. Memang sedap dan lazat sehingga menjilat jari! Harganya juga sangat berpatutan. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Tahniah kepada semua kelab-kelab yang terlibat dan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada ahli-ahli KESAS yang telah bergabung tenaga dan sudi meluangkan masa menjayakan gerai jualan KESAS sepanjang Minggu Keusahawanan ini berlangsung. Moga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi membentuk mahasiswa yang berbakat, kreatif dan berkemahiran dalam pengurusan dan keusahawanan dan secara tidak langsung program seperti ini juga dapat membantu Kelab-kelab Akademik FST menjana pendapatan kelab.
Sekian, Terima Kasih !
Go KESAS ! # We Live For d'Nature





0 comments: