Blog Kelab Sains Sekitaran ini masih dalam tempoh percubaan, sebarang kesilapan ejaan harap di maafkan. Segala cadangan dan pandangan boleh lah di tulis di ruangan "comment". Kami para MT Kelab Sains Sekitaran akan cuba sedaya upaya untuk lebih mengaktifkan kelab ini. Blog ini akan di kemas kini dari semasa ke semasa. Sila klik pada tajuk setiap 'post' untuk lebih lanjut. Terima Kasih.

Inikah Alur Ilmu?!



Anda kenal dengan tempat ini?

Suatu ketika dahulu mungkin ada dikalangan warga UKM beranggapan bahawa Alur Ilmu di sekitar FST itu hanya sekadar longkang besar yang berpotensi untuk menakung air dan mengalir ke Sungai Langat.

Pernahkah warga UKM terfikir dimana hulu Alur Ilmu yang merentasi kampus kita?
Apa pentingnya Alur Ilmu yang merentasi kampus kita?
Adakah ia sekadar untuk memperindah kawasan kampus sahaja?

Jika ini keadaannya, anda tentu dapat bayangkan bagaimana pula situasi air di Sungai Langat bukan?


Adakah ini "keindahan alam sekitar"?
Sungguh mencacatkan pemandangan!


Cuba kita bandingkan Alur Ilmu dahulu dan sekarang..

Pihak siapa yang perlu dipersalahkan?
Adakah kita perlu bertindak?
Tidak perlu menuding jari pada sesiapa.
Ada sebarang cadangan atau pandangan?
sila tinggalkan comment.
kami sangat mengharapkan maklumbalas dan sokongan daripada pihak anda
Mungkin bermula dari sini kita perlu bersama-sama mengatur langkah!
Save our environment!

11 comments:

wow~
ain..mane dpt gmba dlu 2?
sgt terharu 2~
majulah sc sekitaran utk persekitaran dunia!

 

yup~
alur ilmu skang xde penjagaan lgsg..
xde usaha2 untuk membersihkan kwnsn tersebut..
terutama yg kwsn depan cafe FST~
m'cacat kn pemandangan!

 

aku dapat gambar kat web ni.. http://pkukmweb.ukm.my/~jurufoto/depan%20mata.html#alur
sedih taw
dulu alur ilmu orang bangga2kan je..
sekarang ni nak pandang pon dah x lalu..
http://pkukmweb.ukm.my/~foto_fst/AlurIlmuUKM/index.html
kat hulu sungai ni sanagat jernih
menurut sumber, alur ilmu dpd sungai kat hutan bangi..
tp, still x dapat info yg jelas lagi.
tp mase dulu hulu sungai ni still jernih lagi la..
xtaw la skrg ni ape kabo.

 

alur ilmu ke name ni?
hehh.
yeahh korg sbg envi, haruslah berusaha.hehehe

aku support beb !

 

aku rase kena ade someone@pihak tertentu yg bertindak utk mengatasi mslh ni...yela maybe lau kita student nk solve problem ni mesti ambil masa yg lame n prosedur yg byk...if ade pihak atasan yg support lg senang kot..hehe...teringin gak nk tgk air tu penuh+bersih...leh posing2 kt situ nt...hehe...peace!

 

ish3...
sedeynye. aku first2 dulu x cam caye nme parit besar tuh alur ilmu tau. sbb ngn air berlumpur tuh...huhu
pastu bile pk2 balik mesti dulu cantik alur ilmu tuh...
ape nak jd ngn environment skg
tp rmai ag x sedr...
rse beruntung study khusus niey..dpt tao situasi env skg yg sebenarnye thp sgt membimbgkan
mgkin perlu lebh byk lgkah praktikal yg perlu d ketengahkan...
kne mule dgn diri sendri...
xbole nak tunggu org buat bru nak buat...
skg nie org nak rumah bersih...tp kat luar maen campak je sampah merata...
truskan ush rakan envi sume:)

 

betul tu.. skrg ni da jadi longkang besar da.. tempat buang sampah.. good luck 4 u guys.. (:

 

buat la kempen ape2 ke. makin teruk la sejak sem 2 ni. sedih sgt. dah la tiap2 hari kena rentas alur ilmu tu. sakit mata :(

 

cuba la buat kempen.. sume terlibat, bkn satu pihak je bertanggungjawab,,, papepom, gud luck guys...

 

[graduan 07'] giler lah. hMmm.. terkesima jap...

 

Sekarang ni.. Memang macam2 kempen ade..
Tapi, tengoklah, sejauh mana kempen itu bertahan.. Sebulan? dua bulan?
Kempen no plastic bags day... Sekarang.. Masih diteruskan lagi kah?
Kempen, kempen, dan kempen....
Itu sahajakah usaha yang mampu kita lakukan?
Sepatutnya, semua ni.. perlu diterapkan sejak kecil lagi...
Bagaimana persepsi kanak-kanak, apabila melihat ayah atau ibu atau orang yang boleh mereka anggap sebagai contoh, membuang sampah merata-rata, contohnya, ketika di jalan raya.. Ada juga manusia yang tidak bertanggung jawab terus membuang sampah melalui tingkap kereta..
"Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.."
"Jangan sudah terperosok baru hendak terngadah"-
Kita memang sudah terngadah..