Blog Kelab Sains Sekitaran ini masih dalam tempoh percubaan, sebarang kesilapan ejaan harap di maafkan. Segala cadangan dan pandangan boleh lah di tulis di ruangan "comment". Kami para MT Kelab Sains Sekitaran akan cuba sedaya upaya untuk lebih mengaktifkan kelab ini. Blog ini akan di kemas kini dari semasa ke semasa. Sila klik pada tajuk setiap 'post' untuk lebih lanjut. Terima Kasih.

Malam Interaksi Pelajar Tahun 1 Sains Sekitaran Sesi 2013/2014

Malam Interaksi ini diadakan sebagai sesi berkenalan dan beramah mesra dengan pelajar-palajar baru bagi Program Sains Sekitaran Sesi 2013/2014. Antara pengisian majlis ialah seperti Pengenalan Program Sains Sekitaran dan Kelab Sains Sekitaran, perkongsian pengalaman, nasihat dan tips daripada ex-senior (terima kasih kepada saudara Amir Ng, Muaz, dan lain-lain kerana sudi hadir!), sesi ta'aruf, dan jamuan ringan. Tahniah kepada pelajar-pelajar Tahun 1 kerana kehadiran anda pada malam tersebut amat memuaskan. Korang memang cool! =)

Kandungan Slaid:
  • Pengenalan Kursus
  • Carta Organisasi FST
  • Ketua PPSSA dan Ketua Program Sains Sekitaran
  • Senarai Kursus dalam Program Sains Sekitaran
  • Kerja Lapangan


Kandungan Slaid:

  • Carta Organisasi KESAS 2013/2014
  • Senarai Aktiviti/Program KESAS
  • Tshirt KESAS
  • Blog & Facebook Sains Sekitaran
Terima Kasih kepada semua yang hadir. Semoga Malam Interaksi ini mampu memberikan inspirasi dan membuatkan pelajar-pelajar Tahun 1 semakin bersemangat dan berminat dengan Program Sains Sekitaran yang sememangnya merupakan program yang sangat best! Banyak kerja lapangan, best !! ^_^

0 comments: