Blog Kelab Sains Sekitaran ini masih dalam tempoh percubaan, sebarang kesilapan ejaan harap di maafkan. Segala cadangan dan pandangan boleh lah di tulis di ruangan "comment". Kami para MT Kelab Sains Sekitaran akan cuba sedaya upaya untuk lebih mengaktifkan kelab ini. Blog ini akan di kemas kini dari semasa ke semasa. Sila klik pada tajuk setiap 'post' untuk lebih lanjut. Terima Kasih.

Aktiviti KESAS 2012-2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Untuk entri kali ini, admin ingin memaparkan aktiviti-aktiviti dan program yang telah dijalankan sepanjang sesi 2012/2013 hingga sesi 2013/2014.

PERTANDINGAN FUTSAL WANITA [10 MAC 2012]
Pertandingan ini telah diadakan di Gelanggang Galaxy Futsal, Seksyen 15, Bangi. Untuk pengetahuan, pertandingan ini telah melibatkan penyertaan daripada syarikat Tia Amelia Cosmetics dan beberapa agensi lain dan kami adalah antara 2 kumpulan wakil daripada UKM! Walaupun, kemenangan tidak berpihak kepada kami, kami tetap enjoy! =)

PROGRAM KESEDARAN PEMELIHARAAN & PEMULIHARAAN WARISAN BUDAYA, SEJARAH & ALAM SEKITAR [22-25 JUN 2012]
Program ini telah berlangsung di Melaka selama 4 hari 3 malam, merupakan program terbesar yang dianjurkan oleh Kelab Sains Sekitaran UKM (KESAS) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Jabatan Alam Sekitar Melaka, Jabatan Warisan Negara, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Pejabat Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat UKM, Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Fakulti Undang-undang UKM, Persatuan Mahasiswa UKM dan Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM. Seramai 31 orang pelajar telah terlibat dalam menjayakan program ini iaitu pelajar daripada Sains Sekitaran dan Fakulti Undang-undang UKM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengedarkan borang kaji selidik, gotong-royong di Kampung Ganun, ceramah, pameran dan motivasi, dan juga lawatan ke Night Safari Zoo, Night River Cruise Sungai Melaka, Bandar Hilir, A Famosa, Muzium Samudera dan Kolam Air Panas Gadek. Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Roslim Ramli selaku Ketua Program, Prof Madya Dr Norela Sulaiman sebagai Penasihat Program, Pensyarah-pensyarah Penasihat, AJK-AJK Pelaksana dan juga kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung :D

EXPLORACE [24 NOVEMBER 2012]
Program Explorace ini telah diadakan di Bangunan Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi UKM yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar UKM daripada fakulti yang berlainan. Tahniah diucapkan kepada Saudari Nur Khairlida Binti Muhamad Khair selaku Ketua Pengarah Projek dan AJK-AJK Program kerana telah menjayakan aktiviti yang bermanfaat ini.

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN KESAS 2013 [29 MEI 2013]
Majlis Makan Malam yang merupakan aktiviti tahunan KESAS ini telah diadakan di Bangi Golf Resort dan bertemakan Merah dan Hitam. Pengisian majlis seperti ucapan Perasmian oleh Prof. Dr. Sahibin Abdul Rahim (bekas Pengerusi Pusat Sains Sekitaran dan Sumber Alam), ucapan Ketua Pengarah Majis Makan Malam Tahunan KESAS, persembahan daripada para pelajar, cabutan bertuah, penyampaian anugerah dekan dan juga sesi bergambar. Alhamdulillah, majlis ini merupakan program pertama bagi pimpinan baru KESAS bagi sesi 2013/2014. Tahniah kepada saudara Mohd Hudhairi Bin Hamidon iaitu Pengerusi KESAS dan juga Exco-exco sesi 2013/2014 kerana berjaya menjadikan Majlis Makan Malam Tahunan ini majlis yang bermakna buat pensyarah-pensyarah, staf-staf dan para pelajar Program Sains Sekitaran terutamanya pelajar tahun akhir =)

KESAS BERIADAH [FUTSAL & MENDAKI BUKIT BROGA]
Ber-futsal dan mendaki Bukit Broga merupakan antara aktiviti kegemaran ahli-ahli Kelab Sains Sekitaran di masa lapang. Selain dapat mengeluarkan peluh, menyihatkan badan, aktiviti seperti ini dapat mengurangkan tekanan belajar di samping mengeratkan ukhwah sesama kami. Sungguh, aktiviti seperti ini sangat bermanfaat dan menyeronokkan! Inilah keluarga KESAS yang sangat akrab dan aktif bukan sahaja di dalam kuliah, malah aktif bersukan :P Semoga setiap masa yang terluang dapat dimanfaatkan bersama dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Ukhwah fillah ! ^_^


0 comments: