Blog Kelab Sains Sekitaran ini masih dalam tempoh percubaan, sebarang kesilapan ejaan harap di maafkan. Segala cadangan dan pandangan boleh lah di tulis di ruangan "comment". Kami para MT Kelab Sains Sekitaran akan cuba sedaya upaya untuk lebih mengaktifkan kelab ini. Blog ini akan di kemas kini dari semasa ke semasa. Sila klik pada tajuk setiap 'post' untuk lebih lanjut. Terima Kasih.

Mesyuarat Kelab-Kelab FST


MESYUARAT KELAB-KELAB BERSAMA PENTADBIRAN & PENGURUSAN
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

DSC03867

TARIKH: 5 MAC 2010
MASA: 2.45 petang
TEMPAT: BILIK MESYUARAT FST

Mesyuarat Kelab-Kelab Kursus bersama Pentadbiran & Pengurusan ini melibatkan kelab-kelab semua kursus di dalam Fakulti Sains & Teknologi.. Kelab Sains Sekitaran telah diwakili oleh Nur Ezzatie Binti Surasah (Naib Yang Dipertua) dan juga Nor Ashikin Binti Samuri (Setiausaha).. Mesyuarat ini di ketuai oleh pihak pentadbiran FST sendiri dan juga di hadiri oleh Persatuan Mahasiswa FST dan juga wakil daripada Persatuan Mahasiswa UKM dan para penasihat kelab-kelab.

Mesyuarat ini tidak lain tidak bukan untuk membentangkan segala aktiviti yang telah dijalankan oleh semua kelab, aktiviti semasa, dan juga perancangan kelab semester yang seterusnya. Permasalahan yang berlaku seperti masalah penggunaan WiFi di FST dan juga masalah infrastruktur juga telah menjadi topik yang diperbincangkan. Masalah makmal-makmal yang digunakan oleh pelajar FST sendiri juga dikemukakan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Pihak pentadbiran juga memaklumkan kepada semua kelab bahawa peruntukan untuk sebarang aktiviti adalah terhad oleh kerana peruntukan yang diberikan oleh pihak universiti yang tidak mencukupi.


0 comments: