Blog Kelab Sains Sekitaran ini masih dalam tempoh percubaan, sebarang kesilapan ejaan harap di maafkan. Segala cadangan dan pandangan boleh lah di tulis di ruangan "comment". Kami para MT Kelab Sains Sekitaran akan cuba sedaya upaya untuk lebih mengaktifkan kelab ini. Blog ini akan di kemas kini dari semasa ke semasa. Sila klik pada tajuk setiap 'post' untuk lebih lanjut. Terima Kasih.

Konvokesyen Ke-39 UKM





26 September 2011
Tarikh bersejarah bagi warga Sains Sekitaran Batch 2008/2011.
Sidang 5, Majlis Konvokesyen Ke-39, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Bergelar graduan & juga alumni Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Usaha penat lelah menuntut ilmu selama 3 tahun, bersengkang mata dengan kuliah, assignment, kerja lapangan, makmal-makmal, thesis & latihan industri akhirnya terbalas apabila di anugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian, Sains Sekitaran. Ijazah di sampaikan sendiri oleh Canselor UKM, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. 




Tahniah diucapkan kepada para graduan Sains Sekitaran. ;)
Dan terima kasih tidak terhingga kepada Para Pensyarah Sains Sekitaran, Pembantu Penyelidik, Pembantu Makmal & juga kakitangan Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam diatas tunjuk ajar dan pertolongan yang dihulurkan ikhlas demi pengajian kami. 









Kad Alumni UKM. ;)






Kegembiraan yang di kongsi bersama. ;)







Penamat sesuatu adalah permulaan bagi kehidupan baru. ;)

Semoga berjaya buat para pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda,
dan semoga berjaya bagi yang sedang bekerja & yang mencari pekerjaan, semoga dipermudahkan-Nya.


Untuk junior-junior, belajar rajin-rajin & semoga berjaya!


p/s: Untuk pelajar Tahun 3, do your best for your proposal presentation coming soon! ;)

7 comments:

rinduuu..hehe

 

Tahniah,semoga berjaya di dalam kehidupan

 

Assalamualaikum..akak, saya nak tanya..apa prospek kerja akak apabila bergelar graduan sains sekitaran?

 

assalamualaikum... saya nak tanya sains sekitaran ni belajar mcm mana, belajar apa ye n prospek kerja dia macam mana