Blog Kelab Sains Sekitaran ini masih dalam tempoh percubaan, sebarang kesilapan ejaan harap di maafkan. Segala cadangan dan pandangan boleh lah di tulis di ruangan "comment". Kami para MT Kelab Sains Sekitaran akan cuba sedaya upaya untuk lebih mengaktifkan kelab ini. Blog ini akan di kemas kini dari semasa ke semasa. Sila klik pada tajuk setiap 'post' untuk lebih lanjut. Terima Kasih.

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi akan mengadakan "Hari Keusahawanan " dibawah kelolaan Exco Hubungan Seranta dan Exco Pemasaran yang akan disertai oleh Kelab-Kelab Akademik FST. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada kelab-kelab akademik untuk mengumpul dana bagi kelab masing-masing selain dapat merapatkan hubungan silaturrahimantara PMFST dan Kelab-Kelab Akademik .

Program ini akan diadakan seperti butiran yang berikut:

Tarikh : 8 - 11 Disember 2014
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang.
Tempat : Di hadapan Bilik Aktiviti Pelajar FST.

Kehadiran mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya pelajar Fakulti Sains dan Teknologi amat dialu-alukan bagi memeriahkan program ini.

::Memupuk Keilmuan, Memimpin Kesatuan::




0 comments: