Blog Kelab Sains Sekitaran ini masih dalam tempoh percubaan, sebarang kesilapan ejaan harap di maafkan. Segala cadangan dan pandangan boleh lah di tulis di ruangan "comment". Kami para MT Kelab Sains Sekitaran akan cuba sedaya upaya untuk lebih mengaktifkan kelab ini. Blog ini akan di kemas kini dari semasa ke semasa. Sila klik pada tajuk setiap 'post' untuk lebih lanjut. Terima Kasih.

Tajuk Tesis Tahun 3 Sesi 2010-2011


PENYELIAAN PELAJAR PRA-SISWAZAH


Pelajar-pelajar Sains Sekitaran adalah diminta untuk menjalankan penyelidikan berdasarkan penyeliaan pensyarah-pensyarah yang berpenalaman dalam bidang penyelidikan masing-masing. Penyelidikan yang dijalankan adalah melalui penghasilan tesis melalui dua kursus iaitu STAE 3984 (Latihan Ilmiah I) dan STAE 3994 (Latihan Ilmiah II).

Bagi sesi 2010-2011 cadangan tajuk-tajuk penyelidikan mengikut pensyarah adalah seperti berikut:



PROF. DR. SALMIJAH SURIF

1. Penilian kitar hidup (life cycle assessment) dalam industry penghasilan getar SMR dan getah lateks (2 pelajar)
2. Kajian keperluan dan penggunaan air di kawasn silam (Lahad Datu, Tunku dan Kunak, Sabah) (2 pelajar, sebaik-baiknya dari Sabah)
3. Kajian impak pelombongan emas di Raub, Pahang. (2 pelajar)

PROF. DR. SAHIBIN ABD. RAHIM

1. Kandungan karbon dan cirri fiziko kimia tanih di ladang kelapa sawit di Tasik Chini, Pahang.
2. Kandugnan karbon dan cirri fiziko kimia tanih di ladang getah/hutan di Tasik Chini, Pahang.
3. Kandungan logam berat di dataran pasang surut Tasik Chini, Pahang.
4. Kandungan karbon dan emisi karbon dioksida daripada hutan simpan UKM Bangi.
5. Ciri fiziko-kimia tanih di kawasan Fernarium dan taman Herba UKM.

PROF. DR. MAIMON ABDULLAH

1. Impak perubahan iklim ke atas bviodiversiti dan kelimpahan fauna di Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor Selatan.
2. Program Penghijauan bagi sekolah-sekolah di kawasan Nusajaya, Johor Selatan berhubung dengan impak perubahan iklim.
3. Diversiti dan kelimpahan kelip-kelip dan invertebrate yang berkaitan di Wilayah Silam, Sabah.
4. Diversiti dan taburan invertebratadi Taman Herba dan Taman Paku Pakis, Kampus UKM, Bangi.
5. Pengumpulan logam-logam berat dalam komonen biotik dalam ekosistem.
6. Penilaian impak alam sekitar bagi aktiviti-aktiviti yang ditetapkan.
7. Diversiti dan kelimpahan arthropoda dalam system pertanian padi secara organic (SERIPADI) di Kelantan dan Selangor.

PROF. DR. JUMAAT HJ. ADAM

1. Peranan Arundina graminifolia & Leptospermum recurvum dan mas cotek sebagai tumbuhan penutup cerun di Bukit Fraser dan UKM.
2. Prestasi pertumbuhan periuk kera dan tumbuhan simpoh air di atas cerun dan pada keadaan rumah teduh.
3. Kajian komposisi tumbuhan herba dan renek pada lantai hutan di Denai UKM, Bukit Fraser.
4. Kajian imbasan mikroskop electron (SEM) morfologi bunga pakma dan pembiakan perumahnya.
5. Kajian pembiakan keladi murai, simpoh air dan tepos di rumah teduh UKM.
6. Komposisi tumbuhan di Denai Jeriau /Sg Kenau/Lata Jarum , Raub, Pahang.
7. Program Penghijauan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhubung dengan impak perubahan iklim. *tajuk batal*

PROF. MADYA DR. MOHD. TALIB LATIF

1. Status dan corak kepekatan ozon permukaan di kawasan stesen pemonitoran terpilih di Semenanjung Malaysia.
2. Fluks dan kepekatan surfaktan dan sebatian seperti humik di persekitaran Tasik Chini, Pahang.
3. Komposisi surfaktan dalam air hujan dan air larian di sekitar kawasan perumahan.
4. Status kualiti udara dalaman di persekitaran sekolah yang dipengaruhi oleh faktor trafik.
5. Komposisi sebatian organik dalam zarahan terampai

PROF. MADYA DR. MOHAMAD SHUHAIMI OTHMAN

1. Kajian pengaruh kualiti air terhadapketoksikanlogam berat (3 pelajar)
2. Kajian kualiti air dan logam berat dalam air bungan basuhan kenderaan komersil (1 pelajar)

PROF. MADYA DR. MUHAMMAD BARZANI GASIM

1. Kajian hidrologi dan kualiti air di beberapa lokasi di Semenanjung. (6 orang pelajar)

DR. KHAIRIAH JUSOH

1. Penentuan kepekatan logam berat dalam sayuran dan tanah di kawasan terpilih di Kelantan.
2. Penentuan kepekatan logam berat dalam sayuran dan tanah sayuran di kawasan terpilih di Terengganu.
3. Penentuan kepekatan logam berat dalam sayuran dan tanah sayuran di kawasan terpilih di Pahang.

DR. RAMLAN OMAR

1. Kajian taburan ostracoda dalam sedimen marin sektiaran Pulau Redang.
2. Kajian taburan foraminifera dalam sedimen marin sekitar Pulau Redang.
3. Kajian taburan ostracoda menegak dalam teras sedimen marn sekitar Laut China Selatan.
4. Kajian taburang foraminfera dalam sedimen marin sekitar Pulau Pangkor
5. Kajian taburan ostracoda dalam sedimen marin Laut Sulu.
6. Kajian taburan foraminifera dalam sedimen marin laut Sulu.

DR. NORELA SULAIMAN

1. Perbezaan pelepasan gas-gas rumah hijau secara semulajadi (karbon dioksida, metana & nitrus oksida) di antara penanaman padi secara SRI (System Rice Intensified) dengan cara tradisional dan kesannya terhadap pemanasan global: Kajian kes di Malaysia & Indonesia) (2 pelajar)
2. Kesan perubahan mikroiklim terhadap kesesuaian kelip-kelip terhadap persekitaran makmal & di lapangan : perubahan faktor abiotik dan diet di peringkat larva dan dewasa (2 pelajar)
3. Kajian komposisi kimia habuk rumah dalam udara dalaman di masjid terpilih di Kuala Selangor dan hubungannya dengan kemandirian hama habuk rumah (2 pelajar)
4. Kesan perubahan iklim terhadap sistematik nyamuk di sekitar Selangor dan Putrajaya serta hubungannya dengan COI (cost of illness) dan impak terhadap kempen pembasmian nyamuk (2 pelajar)
5. Kajian LCA (Life Cycle Assessment) perbandingan terhadap impak penggunaan tenaga dan air terhadap plastik pakai habis dengan penggunaan air dalam kaedah mencuci bagi alatan pinggan mangkuk. (2 pelajar)

DR. ZULFAHMI ALI RAHMAN

1. Kajian susulan prestasi Arundina graminifolia dan Arachis pintoi sebagai tumbuhan kawalan hakisan cerun
2. Kajian sifat-sifat geoteknik tanih ultrabes di kawasan Petaseh, Negeri Sembilan.
3. Kajian sifat-sifat geoteknik tanih ultrabes di kawasan Felda Bukit Rokan Negeri Sembilan.
4. Pengaruh surfaktan terhadap sifat-sifat geoteknik tanih baki tercemar.
5. Kajian susulan prestasi Bambusa multiplex dan Arachis pintoi dalam kawalan hakisan cerun

DR. TUKIMAT LIHAN

1. Variasi ruang dan masa plum Sungai Pahang menggunakan kaedah penderiaan jauh.
2. Potensi hakisan tanih di hulu lembangan Sungai Pahang menggunakan kaedah GIS.
3. Potensi hakisan tanih di hilir lembangan Sungai Pahang menggunakan kaedah GIS
4. Perubahan guna tanah di lembagnan Sungai Pahang menggunakan kaedah penderiaan jauh.
5. Penentuan saiz plum Sungai Pahang menggunakan kaedah penderiaan jauh dan GIS.

DR. AHMAD ABAS KUTTY

1. Kualiti air dan kepelbagaian makroinvertebrat bentik di ekosistem hulu sungai terpilih di Negeri Sembilan. (5 pelajar)

EN. WAN RAZI WAN IDRIS

1. Kajian potensi hakisan di kawasan bekas lombong di Sungai Lembing, Pahang
2. Penentuan kandungan logam berat dalam tumbuhan terpilih di kawasan bekas lombong di sungai lembing, Pahang
3. Kajian ciri fiziko kimia sedimen dan kandungan logam berat di kawasan bekas lombong di Sungai Lembing, Pahang
4. Kajian kualiti air di kawasan bekas lombong di Sungai LembingKajian ciri fiziko kimia tanih di kawasan bekas lombong di Sungai Lembing dan potensi kesesuaian untuk pertanian

PROF. MADYA DR. AHMAD ISMAIL

1. Kajian Ekologi dan Kepelbagaian Fitoplankton Tasik Chini
2. K ajian Ekologi dan Kepelbagaian Rumpai laut di Perairan Malaysia
3. Kajian Ekologi Tumbuhan Makrofit di persekitaran sawah padi
4. Kajian ekologi komuniti ikan di Tasik Bera

PROF. DR. LEE YOKE HENG

1. Penentuan unsur logam dalam substrak orkid epifit dari G. Kinabalu
2. Kandungan logam dalam beberapa spesies liken dan substraknya dari G. Kinabalu

PROF. DATO’ DR. MUSHRIFAH IDRIS

1. Kajian kualiti air di persekitaran Tasik Chini (5 Pelajar)

PROF. DR. MAZLIN MOKHTAR

1. Penentuan kepekatan logam berat terpilih dalam sampel air Alur Ilmu UKM dalam kontek "Kampus Lestari UKM"
2. Penentuan kepekatan logam terpilih dalam sampel liken sebagai penunjuk kualiti udara di "Kampus Lestari UKM", Bangi
3. Kualiti air semasa beberapa stesen pemantauan terpilih di Sungai Langat, yang berdekatan dengan UKM Kampus Bangi sebagai sebahagian inisiatif penyelidikan kesihatan ekosistem Lembangan Langat

2 comments:

tajuk tesis prof J yg no 7 tu dibatalkan... xde sepatutnya...hu3.. so.. xyah pilih la ek tjuk tu... ak da tya td.. peace!!

 

umangaih...g.knabalu tu...spe yg dpt tjuk tu? syioknye..